HARRY Maguire menegaskan dia boleh menangani semua tekanan dan kritikan yang dilemparkannya susulan prestasi semasanya bersama Manchester United dan England.
Maguire diejek oleh penyokong Scotland dan England ketika kemenangan 3-1 di Hampden Park pada Rabu terutamanya selepas tertampan bola ke dalam gawang sendiri.
Ia mendorong pengendali England, Gareth Southgate membidas pengkritik Maguire, namun pemain pertahanan itu menegaskan dia 'cukup dewasa' untuk mengatasi masalah itu.
“Saya telah melalui banyak perkara dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan saya telah menjadi kapten Manchester United selama hampir empat tahun.
“Saya mengambil banyak tanggungjawab yang besar dan ada banyak perkara buruk dan juga baik. (Di Hampden Park) mereka meletakkan tekanan ke atas diri saya sendiri.
"Saya tidak akan mengatakan saya sudah biasa dengannya tetapi saya boleh berurusan dengannya.
“Saya kecewa dengan gol sendiri tetapi itulah bola sepak. Anda adalah pertahanan tengah dan anda meletakkan diri anda dalam posisi tersebut. Saya sangat gembira dengan prestasi saya pada separuh masa kedua dan bagaimana saya menanganinya,” katanya.
Dalam masa sama, Maguire berazam untuk memperjuangkan tempatnya di Old Trafford selepas perpindahannya ke kelab lain tidak menjadi kenyataan.
"Saya kekal di United dan saya gembira untuk berjuang mencari tempat. Saya mahu melakukannya dan setiap kali saya berlatih atau bermain, saya akan memberikan segala-galanya,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023
Aksi Harry Maguire selepas menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan persahabatan antara Scotland dan England di Glasgow, Scotland, Britain, 12 Sept 2023. - REUTERS
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.